Keluaran dan sambutan KIL_(filem)

Tayangan

Teaser pertama filem ini telah dimuat naik ke Youtube pada 12 April 2011. Trailer filem ini pula telah dimuat naik ke Youtube pada 14 Julai 2011. Tayangan perdana peringkat dunia bagi filem ini telah dilakukan di Marche du Film di Cannes pada Mei 2013.[8] Tayangan perdana di Malaysia pula telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 15 Mei 2013.[9][10]

Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 Mei 2013 di 54 pawagam seluruh Malaysia. Selepas 32 hari tayangan, filem ini mengumpul kutipan sebanyak RM 510,000.[11]

Ulasan kritis

Rata-rata pengkritik memberikan kritikan yang positif mengenai filem ini. Portal hiburan Rotikaya.com memberikan filem ini 4 bintang daripada 5 dengan ulasan "KIL tampil berbeza...satu pengalaman baru menonton filem hasil karya anak tempatan yang mempunyai visi tersendiri dalam industri".[12] Portal hiburan Beautifulnara.com pula memuji sinematografi filem ini dengan ulasan "Yang terbaik jua kami pernah tengok untuk filem Malaysia setakat ini".[13] Filem ini turut dipuji oleh portal perfileman Dramaticdurian.com dari segi sinematografi dan muzik tetapi kurang dari segi penceritaan filem. Portal komuniti, Kapasitor.net pula memberi 4 bintang daripada 5 dengan ulasan "Ia sebuah filem melayu yang sudah berjaya keluar dari kerangka cliche filem melayu yang biasa. Dan pembebasannya memberi satu kepuasan yang berlapis-lapis."[14] Filem ini mendapat rating 7.9 per 10 oleh laman web perfileman IMDb.[15]